Header Ads

Jozan Slot Lawak Live 2018 Episod 1


Duo pelawak paling popular kini kembali setelah 7 tahun tidak bersama menghibukan peminat menerusi program bual bicara terbaru yang pasti menghiburkan anda.

Tayangan: Astro Warna & Warna HD
Siaran : Mulai 24 Julai 2018 (Setiap Selasa 10 malam)
Jumlah Episod: 40

Info Rancangan
Gandingan duo pelawak popular, Zizan Razak dan Johan atau lebih dikenali sebagai Jozan kembali dipertemukan dalam program bual bicara terbaru yang akan bersiaran secara langsung selama 40 minggu.

Menariknya, program Jozan yang akan disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 24 Julai ini menjadi program pertama untuk slot Lawak Live pada setiap Selasa jam 10 malam.

Kali ini, program selama sejam ini mengetengahkan isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi dan temubual.

Sebanyak 22 aktiviti hiburn diwujudkan dalam program ini antaranya Perang Jantina, Bakat Ke Laut, Kita Ke Mahkamah, Lip Sync Battle, Horror Latah, Bual Bicara dan Hos vs Hos Challenge.

Buat peminat Jozan, saksikan program ini yang akan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) bermula 24 Julai ini, jam 10 malam.


          TONTON  JOZAN SLOT LAWAK LIVE EPISOD 1 ONLINE DI BAWAH


Comment with Facebook

Powered by Blogger.