Header Ads

Tak Ada Cinta Seperti Mu Ep 1

Nantikan drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Akan mula bersiaran pada 12 March, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : TAK ADA CINTA SEPERTIMU
JUMLAH EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 March 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Anna Milia
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Fikry Kiki, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Ardell Aryana, Nazeera Sardi, Zarina Zainuddin, Zainol Macwilson, Haleeda, Dhia Ly

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad 
Zahirah Macwilson sebagai Athea Irdeena
Nik Adam Mika sebagai Qaleef
Fikry Kiki sebagai Qayyum 
Ruhainies sebagai Bella 
Fadlan Hazim sebagai Azam 
Hazman Al-Idrus sebagai Kamarul
Alif Muhaimin sebagai Hayuzi

LAGU TEMA / OST 
Marsha Milan - Hilang
SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU
Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Source : http://www.myinfotaip.com/2018/02/tak-ada-cinta-sepertimu.html

                   TONTON TAK ADA CINTA SEPERTIMU EP 1 ONLINE DI BAWAH


Comment with Facebook

Powered by Blogger.